Followers

Bermulanya Kisah

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 14, 2011

Oreo Cheese Cake ~ Resepi

Pergh...berbulan sudah CT tinggalkan kekasih hati Mr Blogger ini...Jenguk pun tidak...melawat kwn-kwn pun tidak...Update story lg lah tidak...Terukkan???Kan...Ada antara blogger yg minta resepi Cheese Cake dr CT..CT tak bagi-bagi pun..Tah kn bloggers yg mnta tuh pun dh dpt resepi dr org lain..Aih....Apa nk jd la si CT ni...adeshhhh....

Apa-apa pun CT jengah sekejpa nk post kn resepi Oreo Cheese Cake buat readers sume...
Selamat Mencuba ya kwn-kwn....:)


OREO CHEESECAKE

INGREDIENT PART A
Butter 50g
2 packet of oreos (tinggalkan  7 keping utk Part B)
Gula perang 1 sudu besar

Cara-cara
1. Ambil 2 peket oreo dan tinggalkan 7 keping oreo (kepingan tidak termasuk dgn krim) lg utk diletakkan di ats kek itu apabila sudah siap serta utk di masukkan dalam part B nanti. 
2. Then, keluarkan krim putih yg ada di oreo td dan asingkan krim itu. Dlm Part A, juz utk buat base dan ambil biskut yg dh dikeluarkn krim di hancurkan (crust). Pastikan biskut itu semua hancur sehancurnya… Blh blend biskut ini @ tumbuk.. Make sure hancur spt pasir di pantai ya… Sbb nnt nk buat base nya, biskut hancur td dpt dimampatkan…
3. Dah hancur biskut td, masukkan butter bersama-sama biskut yg hancur dan gaul hingga rata. 
4. Lepas dah gaul sama rata oreo tadi dgn butter, masukkan satu sudu besar gula perang dan gaul hingga sebati. 
5. Dah siap menggaul, bolehlah masukkan biskut yg dicampur dgn gula dan butter ke dlm loyang. Ratakan serta mampatkan nya.
6. Kemudian, masukkan Part A ke dlm peti sejuk selama sejam.

INGREDIENTS PART B
Cream Cheese 250g (Philapeddia)
Fresh milk 80ml ( Dutch Lady)
½ cawan Gula halus
1 sudu besar gelatine +  40ml air panas
Krim oreo yang dipisahkan tu
Whipping cream 100ml

Cara-cara
1. Lenyek-lenyekkan cream cheese. 
2. Masukkan 80ml dutch lady milk dan whipping cream. Kacau susu, whipping cream dan cheese hingga rata.
3. Masukkan ½ cawan gula halus hingga sebati.
4. Ambil 1 sudu besar gelatine dan campurkan dgn air panas. Masukkan ke dlm bhn-bhn di ats. ( Gelatine ini akn melekat dan make sure kacau betul-betul dan pastikan gelatin itu make sure masuk sama rata dgn bhn2 di ats)
5. Lepas dah kacau semua bhn dgn sebati, masukkan krim yg dikorek dr oreo td.
6. Masukkan pula 3 keping oreo hancur yg ditinggalkan utk Part B ini. (4 keping lg utk letak di bahagian ats)
7. Dah lepas sejam, keluarkan Part A dr peti ais dan masukkan dgn hati-hati bahan-bahan dibuat utk Part B ke dlm bekas kek td. Kemudian letak 4 keping oreo  di ats nya. Dan lepas itu masukkan semula ke dlm peti ais, dan biarkan selama 4-5 jam atau semalaman.
8. Dah siap..:)


CT guna loyang yg selalu buat kek...Better guna loyang yg bley bw kuar dr bwh tuh...Klu guna loyang nih bley potong utk mkn sdri..Tak pun cr bekas kek yg pki buang...:)


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...