Followers

Bermulanya Kisah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 9, 2012

Custard Cream Puff ~ Resepi

Seperti yg dijanjikan..CT nk post pasal resepi Custard Cream Puff yg CT buat sblm ni..Sbnr nya, resepi ni hasil dr pembacaan blog ke blog..resepi kali ni..CT copy paste masuk dlm blog..CT ambil resepi dr blog INTAN ....So, bg memudahkan pembacaan...CT cerita dlm blog CT pasal resepi ni...byk blog yg ada bg resepi Cream Puff ni...semuanya ats diri kita yg rajin utk membuat cream puff ni...Maka tanpa berceloteh panjang..meh kita salin resepi....

Custard Cream Puff 

Resepi Cream Puff 

· 100ml air 
· 45g butter – suhu bilik, potg 1cm 
· 60g tepung gandum – diayak 
· 2 biji telur (100g) 

Cara-cara :
1. Mula-mula panaskan oven pd suhu 200
2. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. 
3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. 
5. Tepung gandum di ayak 
6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 

Langkah seterusnya : 
i. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
ii. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
iii. Masukkan telur, kacau cepat-cepat 

Kemudian : 
1) Masukkan adunan ke dalam piping bag. 
2) Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm 
3) Pipe kan ke atas dulang 
4) Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
5) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
6) Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

Resepi Cream Custard : 

· 1 sudu besar tepung gandum 
· 1 sudu besar tepung jagung 
· 4 sudu besar gula 
· 200ml (1 cawan) susu segar 
· 1 biji telur (L size) 
· 1 sudu besar mentega 
· 1 sudu teh esen vanila - optional 
· sedikit pewarna kuning – optional 

Cara-cara : 
1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk. 
2) Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2 
3) Masukkan telur dan kacau lagi. 
4) Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
5) Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. 
6) Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. 
7) Ulang sehingga pekat. 
8) Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. 

Hasil tungkus lumus di dapur....Custard Cream Puff
SELAMAT MENCUBA !!

Photobucket

3 comments:

Cik Rohye said...

wow..wow..wow..best2...=)

Cik Rohye said...

wow..wow...sedap2...=)

GaDhiS TuLiP said...

jmput2....jmput tgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...